Jumaat, 9 Ogos 2013

Khasiat Buah Tembikai Menurut Perubatan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah



Abu Daud dan tarmizi meriwayatkan Bahawa Nabi Muhammad S.A.W memakan buah tembikai bersama kurma masak dan telah bersabda yang maksudnya;

" Buah kurma itu panas dan disejukkan oleh buah tembikai"

Banyak hadith yang menceritakan kedua buah tersebut yang tidak sahih kecuali hadith di atas.

Tembikai yang masak adalah menyejukkan dan manis. Buah ini baik untuk mencuci perut dan menghindarkan penyakit. Buah tembikai lebih mudah hadam berbanding timun dan makanan-makanan lain. Oleh itu, tembikai boleh digunakan untuk menyejukkan badan ketika badan rasa panas. Tetapi jika sejuk kita lebih baik makan halia untuk mencegah buruk kesejukkan itu kepada badan.

Tembikai sepatutnya dimakan sebelum makan makanan berat seperti nasi. Antara kelebihan ia dimakan dahulu kerana ia menghilangkan loya. Kajian perubatan juga menunjukkan makan tembikai sebelum makan makanan berat, akan mencuci perut dan menghindarkan penyakit.

(Diterjemah daripada buku "Healing with the Medicine of the Rasulullah S.A.W by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziah)