Rabu, 28 November 2012

Kita Kena Istiqamah, Termasuk Dalam Perjuangan Politik

Berikut adalah terjemahan hadith mengenai istiqamah dalam semua jurusan kehidupan:

Daripada Abi 'Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya:
Aku bertanya: (maksudnya)

"Hai Rasulullah, ajarkan kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu".

Sabda Rasulullah ; "Katakan iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah".

Isnin, 26 November 2012

Hadith Motivasi Diri

Daripada al-Miqdam bin Ma'dikarib r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang ialah hasil pekerjaannya ssendiri. Dan sesungguhnya Nabi Daud memakan hasil kerja tangannya sendiri".